fbpx
Gambar lokasi kejadian di sebuah sekolah menengah di Banting yang dikongsikan di Facebook Fadhlina Sidek, hari ini.

Tikam pelajar: Jangan sebar berita palsu, fitnah – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu atau fitnah berkaitan insiden tikam di sebuah sekolah di Selangor, hari ini.

Beliau berkata, ia susulan kes berkenaan sedang disiasat oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau yang turut berada di tempat kejadian sebentar tadi, turut memaklumkan bahawa PDRM telah mengambil semua langkah keselamatan mengawal keadaan termasuk menangkap suspek.

“Tumpuan ketika ini adalah untuk memastikan mangsa diberikan rawatan perubatan dan sistem sokongan psikososial untuk warga sekolah yang menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan.

“Semoga tuan pengetua, para guru yang kami kasihi dan anak-anak pelajar semuanya diberikan kesabaran dan kekuatan menghadapi ujian ini,” katanya menerusi media sosial.

Pada masa sama, beliau mengucapkan terima kasih dan memberitahu akan berkongsikan perkembangan terkini berkenaan kes tersebut dengan kebenaran pihak berkuasa.

“Terima kasih di atas perhatian semua. Rakaman penghargaan juga buat semua agensi yang terlibat.

“Insya-Allah jika ada perkembangan berkaitan kes ini (yang boleh dikongsikan dengan kebenaran pihak berkuasa), akan saya kongsikan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, seorang pelajar perempuan cedera dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Banting, dipercayai ditikam sehingga 16 kali oleh rakannya sendiri menggunakan pisau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN