fbpx
Pisau dipercayai digunakan suspek dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Banting, Kuala Langat.

Tikam pelajar : Suspek ditahan polis, siasat cubaan membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Seorang remaja perempuan ditahan selepas menikam rakannya di sebuah sekolah menengah di Banting di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, kejadian diketahui selepas pihaknya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita tempatan kira-kira pukul 9.50 pagi tadi.

Katanya, laporan menyatakan seorang pelajar perempuan cedera dalam kawasan sekolah tersebut.

“Hasil siasatan polis mendapati mangsa telah ditikam menggunakan sebilah pisau oleh seorang pelajar perempuan. Suspek telah berjaya ditahan dengan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN