KUALA LANGAT – Seorang pelajar sekolah menengah cedera selepas dipercayai ditikam dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Banting di sini, hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku pada waktu persekolahan dengan insiden itu tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Ya, saya sahkan kejadian itu. Mangsa berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, tular video di aplikasi Threads memaparkan sekumpulan pelajar bertempiaran lari apabila seorang perempuan dipercayai memegang sebilah pisau. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














