fbpx
Bungkusan berisi biskut dan pes tuna yang dirampas selepas digunakan untuk menyembunyikan heroin seberat hampir 3 kilogram. - Polis Kehakiman Macau 

Rakyat Malaysia ditahan, seludup dadah di Macau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MACAU – Seorang lelaki warga Malaysia ditahan selepas cuba menyeludup hampir 3 kilogram dadah jenis heroin yang disorokkan di dalam tin makanan di sebuah lapangan terbang di Macau, lapor portal berita Macau Business. 

Suspek berusia 24 tahun itu diberkas selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau dari negara Asia Tenggara, baru-baru ini. 

Pemeriksaan lanjut ke atas bagasi suspek membawa kepada penemuan 49 tin sardin berlabel pes tuna yang dibungkus bersama biskut, demikian menurut pihak berkuasa. 

Sebilangan tin tersebut mengandungi dadah, yang kemudian dikenal pasti oleh pasukan forensik sebagai heroin dengan jumlah berat 2.98 kilogram dan bernilai kira-kira 4.18 juta pataca Macau (RM2.09 juta). 

Penyiasat berpendapat suspek direkrut oleh sindiket pengedaran dadah di Malaysia dan dikerahkan untuk mengambil heroin di luar negara sebelum membawanya ke Macau. 

Suspek memberitahu bahawa dia akan menerima 6,000 pataca Macau (RM3,026) untuk melengkapkan penghantaran tersebut. 

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti ahli sindiket lain yang masih bebas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN