fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat hujung minggu di KL, Selangor dan Cameron Highland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Katanya, keadaan sama turut berlaku di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Pekan dan Rompin) dan Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson), Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), Wilayah Pesekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur,” lapor MetMalaysia.

Jabatan itu menambah, di Sarawak, cuaca buruk petang ini dijangka turut melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Limbang.

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang dan Ranau) dan Kudat (Kota Marudu). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN