PETALING JAYA – Seorang lelaki didakwa tergamak menggunakan kad debit pengguna lain untuk membuat transaksi pembelian barangan di pasar raya termasuk menukar tayar motosikal.
Menerusi hantaran dimuat naik pengguna Threads Suekz mendakwa, kad debitnya hilang di sekitar Bandar Tun Hussein Onn dan dia turut memuat naik rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) didakwa lelaki terbabit sedang membuat pembayaran di sebuah pasar raya.
“Tolong sesiapa yang kenal mamat ni sekitar Balakong/Kajang tolong info saya. Dia dah curi dompet, buat hampir 13 transaksi and guna cash (tunai) tanpa bersalah. Mohon sebarkan mana tau adik kakak saudara-mara korang ada yang kenal. Dapat semula ic (MyKad) dengan kad kerja pun jadilah. Kad bank semua dah block (sekat) lepas sedar dompet hilang,” katanya.
Suekz turut berkongsi hantaran mesej transaksi daripada bank berhubung penggunaan kad debitnya antaranya sebanyak RM8.90 di sebuah pasar raya, serta RM120 dan RM140 di sebuah premis motosikal.
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang mengecam lelaki tersebut apabila didakwa sanggup menggunakan wang orang lain untuk kegunaan sendiri.
“Boleh tukar tayar motor lagi. Tak takut ke kalau kemalangan pakai tayar curi. Kalau cedera parah, masih nasib baik. Masih hidup lagi. Kalau jalan terus, nak minta maaf macam mana dah masuk kubur,” komen Intan Haslina1366.
“Badan sihat, tak ada cacat cela mencuri. Pergilah cari kerja faedah, orang OKU pun pandai cari duit nak hidup. Ni elok Allah SWT bagi sihat tubuh badan mencuri. Semoga dia terima pembalasan,” kata Dirafdias.
“Laju je guna duit orang,” kara Azizah Hassan. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














