fbpx
Ahmad Maslan (tengah) menerima cenderamata selepas perasmian Festival Kemas Daerah Pontian di Kampung Puteri Menangis, di Pontian, hari ini. Foto oleh MUHAMMAD ZIKRI

PRN Johor: Jangan heret isu Najib untuk raih undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – UMNO menempelak calon Pakatan Harapan (PH), Dr.Mazslee Malik yang mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) memasukkan isu pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai manifesto BN Johor.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Dr.Ahmad Maslan berkata, beliau (Dr. Maszlee) perlu memberikan tumpuan kepada janji-janji PH yang belum tertunai sebelum ini.

Katanya, perkara tersebut adalah lebih baik daripada cubaan ‘mengusik-usik’ UMNO mengenai pengampunan bekas Perdana Menteri yang diketahui tidak mendapat pengadilan sewajarnya.

“Ketika perbicaraan terakhir, peguam bela Najib tidak dapat berhujah kerana tidak diberikan masa mencukupi untuk meneliti dokumen setelah berlakunya pertukaran peguam bela ketika itu.

“Sepatutnya, penguam bela diberikan penangguhan untuk mereka membaca keseluruhan dokumen-dokumen tersebut yang memerlukan masa dua bulan,” katanya kepada Kosmo! selepas menghadiri Festival Kemas Daerah Pontain di Kampung Puteri Menangis, di sini hari ini.

Semalam Dr. Maszlee yang merupakan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa, secara sinis mencadangkan agar BN memasukkan isu pengampunan diraja terhadap Najib dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Negeri Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN