fbpx
Gambar hiasan.

Remaja 15 tahun dijumpai tergantung atas pokok berhampiran surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Seorang remaja lelaki ditemukan maut dalam keadaan tergantung pada dahan pokok berhampiran Surau Al Azim, Hulu Kelang, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 8.11 malam selepas seorang lelaki menghubungi Balai Polis Hulu Kelang.

“Pengadu memaklumkan terdapat seorang remaja lelaki ditemukan tergantung pada dahan pokok berhampiran surau berkenaan.

“Pihak polis kemudian bergegas ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, semakan mendapati mangsa tidak bersekolah sejak tamat sekolah rendah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN