fbpx
Anggota bomba ketika menjalankan operasi memadamkan kebakaran di sebuah restoran di Jalan Perak, hari ini.

Lelaki nyaris terperangkap rumah kedai terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang lelaki dilaporkan terselamat dalam kebakaran melibatkan dua unit rumah kedai tiga tingkat di sebuah restoran di Jalan Perak di sini, hari ini.

Mangsa berusia dalam lingkungan 30-an itu berjaya dibawa keluar dari kediaman berkenaan selepas dia dikatakan terperangkap dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.32 tengah hari dan kemudiannya bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, operasi menyelamat membabitkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dengan bantuan BBP Lebuh Pantai.

“Anggaran peratusan kemusnahan kedai pertama akibat kebakaran adalah 90 peratus manakala premis kedua sebanyak 80 peratus.

“Kebakaran telah dapat dikawal pada pukul 12.44 tengah hari tadi. Maklumat awal terdapat seorang mangsa lelaki dewasa berada di tingkat satu telah berjaya dikeluarkan tanpa kecederaan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian,” katanya di sini, sebentar tadi.

Beliau memberitahu, operasi memadamkan kebakaran masih dijalankan sehingga kini bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain di tempat kejadian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN