PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa kawasan di Perlis dan Kedah sehingga pukul 3 petang ini.
Menurut MetMalaysia, hujan lebat dijangka melanda di seluruh negeri Perlis.
“Ribut petir pula dijangka berlaku di Kedah sekitar Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap dan Yan,” katanya. – KOSMO! ONLINE














