fbpx
Seorang pekerja kedai perkasasan (tengah) didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik perempuannya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Pekerja kedai perkakasan didakwa perkosa adik kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang pekerja kedai perkakasan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik perempuan kandungnya berusia 16 tahun sejak awal tahun ini.

Tertuduh berusia 25 tahun bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di daerah ini pada pukul 11 malam, Januari lalu dan dituduh mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja itu pada pukul 9 malam, 21 Jun lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 25 tahun dan sekurang-kurangnya dua sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah bersetuju dengan cadangan pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Asymawi Ghazali agar tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin demi keselamatan mangsa. Sebutan semula kes ditetapkan pada 2 Ogos ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN