fbpx
Antara warga China yang ditahan dalam operasi tersebut.

32 warga China ‘dalang’ sindiket judi bola sepak diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Taktik licik sindiket pertaruhan bola sepak dalam talian yang berselindung di sebalik sebuah pejabat di Cheras dekat sini terbongkar apabila polis menahan 32 warga China dalam serbuan awal pagi semalam.

Serbuan kira-kira pukul 2.40 pagi menerusi Op Soga XI yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras itu membawa kepada penahanan 29 lelaki dan tiga wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan mendapati semua suspek dipercayai berperanan menguruskan akaun pelanggan, menyelia transaksi serta mempromosikan kegiatan pertaruhan bola sepak dalam talian.

“Siasatan awal mendapati pusat operasi itu baharu beroperasi kira-kira tiga minggu sebelum diserbu polis.

“Polis turut merampas 28 buah komputer, telefon bimbit pelbagai jenama, modem internet serta pelbagai peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sindiket terbabit didapati mengendalikan pertaruhan menerusi laman sesawang 6288.com dengan menjadikan unit kedai pejabat tersebut sebagai pusat operasi.

Katanya, kesemua suspek telah direman selama empat hari sehingga 4 Julai ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 4(1)(e) Akta Pertaruhan 1953 serta Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN