fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Amirrizal di laman Threads.

Buat ‘live’ Piala Dunia, netizen mahu RTM saman pempengaruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pempengaruh kontroversi dikecam hebat selepas didakwa membuat siaran langsung atau ‘live’ perlawanan Piala Dunia 2026 di laman TikTok.

Menerusi hantaran di laman Threads oleh @Amirrizal, dia mendakwa sejak awal pagi, pempengaruh yang mempunyai kira-kira 1.9 juta pengikut itu telah melakukan siaran langsung sambil menyiarkan perlawanan antara Ivory Coast dan Norway.

Siaran langsung itu didakwa ditonton lebih 15,000 pengguna selain menerima lebih 5,000 perkongsian dan 1.7 juta tanda suka.

Individu sama turut mendakwa pempengaruh berkenaan sebelum ini membuat ‘live’ perlawanan antara Jerman dan Paraguay dengan jumlah tontonan mencecah 503,000.

“RTM beli siaran untuk rakyat Malaysia. Dia buat live TikTok share benda ini satu dunia gara-gara nak kejar view.

“Semalam (Jerman lawan Paraguay) sampai 503,000 tengok live dia. Jangan kena saman dengan FIFA atau RTM dah lah ye,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen menggesa RTM mengambil tindakan terhadap pempengaruh terbabit.

Pengguna @Tzaelily berkata, individu itu tidak sepatutnya mengambil kesempatan terhadap siaran berkenaan.

“Moga mereka saman dia. Betul-betul ambil kesempatan,” katanya.

Bagi pengguna @Wafty.ali pula, dia meminta orang ramai melaporkan akaun TikTok pempengaruh itu supaya dikenakan tindakan.

“Saman je RTM Malaysia. Bukan RTM sahaja, kalau boleh FIFA saman dia sekali tayang secara haram,” kata @Mirzaaiman98. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN