fbpx
JPJ menyita Honda C70 selepas didapati LKM tamat tempoh sejak 2016 serta kesalahan lain di KM 1 Jalan Tun Razak, Alor Setar semalam. - Foto JPJ Kedah.

Honda C70 dilengkapi Android player disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Sebuah motosikal jenis Honda C70 yang dilengkapi pemain media kereta dan pembesar suara disita dalam operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kilometer 1 Jalan Tun Razak, di sini semalam.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, motosikal yang ditunggang lelaki berusia 25 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa JPJ kira-kira pukul 8 malam.

“Hasil pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal tersebut telah tamat tempoh sejak 2016 selain tidak mempunyai perlindungan insurans. Motosikal berkenaan juga didapati diubah suai tanpa kelulusan dan masih didaftarkan atas nama pemilik yang telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Katanya, antara pengubahsuaian yang dilakukan ialah pemasangan pemain media Android bersaiz 10 inci yang kebiasaannya digunakan pada kereta, pembesar suara, lampu kabus berwarna kuning serta meter digital.

Menurutnya, penunggang motosikal itu memberi alasan tidak memperbaharui cukai jalan dan insurans kerana pemilik motosikal telah meninggal dunia serta belum proses Amanah Raya.

“Sebanyak tiga saman dikeluarkan terhadap lelaki terbabit iaitu atas kesalahan LKM tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan mengubah suai motosikal tanpa kelulusan. Tindakan menyita motosikal itu diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan hanya kenderaan yang mematuhi peraturan dibenarkan berada di jalan raya,” katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memperbaharui LKM dan insurans, mengemas kini urusan pemilikan kenderaan serta mendapatkan kelulusan bagi sebarang pengubahsuaian.

“Keengganan berbuat demikian bukan sahaja boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan, malah berisiko menyebabkan pemilik menanggung sendiri kos kerugian dan pampasan sekiranya berlaku kemalangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN