fbpx
Shazni menunjukkan gambar Allahyarham abangnya di hadapan gerai pisang goreng keluarganya di Seksyen 18, Shah Alam.- Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO

Setiap hari tunggu depan pintu, tanya ‘mana papa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – “Papa…mana papa?.”

Itu soalan yang masih meniti di bibir seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun setiap hari sejak bapanya maut dalam kejadian langgar lari di Lebuh Saujana, Putrajaya pada awal April lalu.

Meskipun sudah tiga bulan berlalu, namun anak bongsu Allahyarham Saiful Adli Azmi, 42, itu
masih setia menunggu kepulangan bapanya ke rumah.

Adik mangsa, Shazni, 39, berkata, seluruh keluarga sebak melihat keadaan kanak-kanak itu yang masih belum memahami hakikat pemergian insan tersayang.

“Hampir setiap hari dia akan berdiri di pintu jeriji rumah menunggu arwah pulang. Sebelum tidur pun dia akan bertanya, ‘mana papa’.

“Kalau datang ke rumah keluarga, soalan sama juga yang ditanya. Kami sendiri tidak sampai hati untuk menjawab kerana terlalu sedih,” katanya ketika ditemui di Seksyen 18 di sini, hari ini.

Menurutnya, sehingga kini pemandu kereta yang dipercayai terbabit dalam kemalangan itu masih belum tampil.

“Berdasarkan rakaman televisyen tertutup (CCTV), kejadian langgar lari itu dipercayai melibatkan sebuah Honda City. Kami berharap individu berkenaan tampil kerana keluarga hanya mahu mengetahui kebenaran dan menuntut keadilan buat arwah,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Allahyarham Saiful maut dilanggar kereta ketika menunggang motosikal pulang ke rumahnya di Putrajaya selepas selesai berniaga pisang goreng di Seksyen 18. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN