fbpx
Airit Rayyan, 17, memecahkan rekod acara 110 meter (m) lari berpagar Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 ketika mewakili kontinjen Selangor.

Anak Rita Rudaini pecah rekod 110m lari berpagar MRSM kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR  – Anak kepada pelakon terkenal Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin, 17, terus mencipta nama dalam arena olahraga apabila berjaya memecahkan rekod acara 110 meter (m) lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 ketika mewakili kontinjen Selangor.

Bukan itu sahaja, Rayyan turut mempamerkan prestasi cemerlang apabila meraih tempat kedua dalam acara 100m dan ketiga bagi acara 200m, sekali gus melengkapkan pencapaian membanggakan pada kejohanan berprestij yang menghimpunkan atlet-atlet terbaik MRSM  seluruh negara.

Menurut Rita Rudaini, kejayaan yang diraih anak sulungnya itu merupakan hasil usaha, disiplin dan pengorbanan yang tidak pernah putus sepanjang menjalani latihan.

Rita meluahkan rasa bangga melihat kesungguhan Rayyan yang sentiasa komited untuk memberikan persembahan terbaik dalam setiap pertandingan.

“Saya sangat bersyukur dan bangga dengan pencapaian Rayyan. Apa yang dikecapinya hari ini adalah hasil kerja keras serta komitmennya sendiri.

“Terima kasih kepada semua jurulatih, guru, pihak MRSM, rakan-rakan sepasukan dan semua yang sentiasa memberi tunjuk ajar, doa serta sokongan sepanjang perjalanan ini,” katanya.

Rita berharap kejayaan tersebut menjadi pembakar semangat buat Rayyan untuk terus berusaha mengembangkan bakat dalam sukan olahraga, di samping menjadi inspirasi kepada anak-anak muda lain agar tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN