fbpx
Amirul Amin ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Klang. FOTO/VIDEO AFIQ RAZALI

[VIDEO] Bekas mekanik dipenjara 32 tahun tekup mati kekasih guna bantal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Perbuatan kejam seorang bekas mekanik menekup muka kekasihnya dengan bantal hanya kerana enggan menandatangani surat perjanjian untuk meninggalkan mangsa membawa padah apabila dia dihukum penjara 32 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Norliza Othman memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampau keraguan munasabah terhadap tertuduh, Amirul Amin Amirruddin, 23, di akhir kes pembelaan.

Hukuman itu diperintahkan bermula dari tarikh tangkap pada 24 Ogos 2022.

Untuk rekod, tertuduh sebelum ini telah dihukum dipenjara tujuh tahun dibawah Seksyen 304b Kanun Keseksaan pada 17 Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan berjaya dalam rayuan terhadap hukuman itu dengan Mahkamah Rayuan memerintahkan tertuduh membela diri di Mahkamah Tinggi Klang di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Norliza dalam penghakimannya memaklumkan hasil bedah siasat mendapati akibat lemas ditekup dengan bantal telah disahkan pakar patologi yang bertindak sebagai saksi pendakwaan.

Tegasnya, berdasarkan elemen dibawah Seksyen 300 (d) Kanun Keseksaan, pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan tertuduh mempunyai niat untuk membunuh tetapi mempunyai pengetahuan melalui tindakan begitu berbahaya boleh menyebabkan kematian atau bencana tubuh kepada mangsa.

“Ketika pemeriksaan balas, tertuduh mengakui ketika menekup muka si mati, dia melihat si mati bernafas dengan perlahan dan tersekat. Tindakannya menekup itu bagi menghentikan perlakuan agresif si mati.

“Tertuduh juga tahu bahawa tindakan itu boleh menyebabkan si mati tidak boleh bernafas kerana seluruh muka telah ditutup dengan bantal kerana manusia hanya bernafas melalui hidung,” jelasnya.

Malah katanya, tertuduh menghentikan perbuatan itu selepas mendapati mangsa tidak lagi melawan dan bernafas.

Ujarnya, perbuatan tertuduh itu bermula
daripada pergaduhan antara mereka bila tertuduh enggan menandantangi surat perjanjian supaya tidak meninggalkan mangsa.

“Tertuduh juga bersetuju cadangan pihak pendakwaan semasa pemeriksaan balas bahawa ada cara lain menenangkan si mati selain menekup menggunakan bantal.

“Mahkamah mendapati tiada unsur provokasi melampau sehingga menyebabkan tertuduh bertindak menggunakan bantal itu. Tertuduh mempunyai lebih masa memikirkan tindakan lebih rasional dan menenangkan si mati apabila enggan menandantangi surat itu,” katanya.

Norliza kemudiannya menegaskan bahawa pembelaan tertuduh secara bersumpah di kandang saksi hanya bersifat penafian.

Pada prosiding itu, Peguam Mohd. Norazihan Adnan dalam mitigasinya memohon penjara paling minima terhadap anak guamnya mengambil kira tertuduh masih muda.

“Semasa ditahan reman, tertuduh banyak melakukan aktiviti dilakukan pihak Koreksional sebelum dipindahkan ke penjara Kajang. Malah telah mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan keputusannya boleh dibanggakan.

“Walaupun, ini kes bunuh tetap kecederaan dialami berbeza berbanding senjata tajam,” jelasnya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Farah Aqilah Ahmad Fuad menyatakan hukuman mesti melambangkan kepentingan awam dan memohon hukuman mati.

“Kematian mangsa adalah kejam dan menyeksakan. Hakikat bahawa tertuduh meneruskan tekanan tersebut biarpun si mati bergelut mencari nafas, menunjukan tiada sekelumit belas kasihan tertuduh terhadap si mati,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan, Amirul Amin didakwa telah membunuh Nurul Shahira Abdullah, 24, di sebuah rumah di Lorong Haji Mahat, Kampung Sri Pandan di sini pukul 7.18 petang pada 24 Ogos lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebat tidak kurang 12 kali sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati.

Kosmo! pada 25 Ogos 2024 melaporkan seorang remaja lelaki ditahan selepas dipercayai membunuh kekasihnya dengan menekup muka menggunakan bantal, hanya kerana mangsa mahu memutuskan hubungan di sebuah rumah di Kampung Pandan, Klang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN