fbpx
Salah seorang ahli keluarga menunjukkan gambar Ping Ting yang gagal dikesan sejak lebih lapan bulan lalu.

Lelaki hilang lebih 8 bulan, keluarga rayu bantuan orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Misteri kehilangan Tan Ping Ting, 63, yang keluar dari rumahnya di Taman Austin di Johor Bahru pada 8 Oktober tahun lalu, masih belum terungkai apabila gagal dikesan selepas lebih lapan bulan.

Ahli keluarga mangsa berkata, mereka mendapatkan bantuan Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong bagi mengesan lelaki berkenaan menerusi hebahan kepada media dan orang ramai.

Menurutnya, Ping Ting yang menghidap kemurungan dipercayai menaiki bas ke Kuala Lumpur selepas keluar dari rumah, menyebabkan pencarian turut diperluaskan ke sekitar Lembah Klang.

Katanya, ini bukan kali pertama mangsa dilaporkan hilang kerana dia pernah ditemui semula selepas kejadian sama sebelum ini. Bagaimanapun, usaha mencari sejak lebih lapan bulan lalu masih gagal menemui sebarang petunjuk.

Sementara itu, Michael Chong berkata, seluruh ahli keluarga masih menaruh harapan agar Ping Ting dapat pulang ke pangkuan mereka dengan selamat.

“Setiap hari mereka menunggu kepulangannya. Sebuah keluarga hidup dalam kebimbangan dan kerinduan sejak kehilangannya.

“Kami berharap orang ramai membantu menyebarkan maklumat ini dan memberi perhatian di terminal bas, stesen kereta api, hospital, rumah ibadat, pusat kebajikan serta pusat perlindungan kerana mangsa mungkin berada di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, ahli keluarga yang mempunyai warga emas, pesakit demensia atau individu dengan masalah kesihatan mental disaran menyediakan gelang pengenalan mengandungi nama, nombor telefon waris serta maklumat kesihatan bagi memudahkan mereka dikenal pasti sekiranya tersesat atau hilang.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Ping Ting boleh menghubungi abangnya, Tan Ka Lai di talian 012-705 5158 atau 012-225 1898, kakaknya Tan Yuet Mei (016-761 6506) atau pejabat Michael Chong di talian 03-2176 5952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN