TOKYO – Sebiji bola sepak diperbuat daripada emas tulen bernilai 237.71 juta yen (RM5.9 juta) menjadi tarikan di Stor Utama Umeda di Kita Ward, Osaka, lapor agensi berita The Japan News.
Replika bola sepak bersaiz sebenar itu menggunakan 3 kilogram emas tulen dan dihasilkan dengan perincian yang amat teliti.
Ia mempunyai diameter 22 sentimeter.
Selain berpeluang melihat sendiri aset bernilai tinggi tersebut, para pengunjung juga boleh membeli pelbagai produk berasaskan emas yang turut dijual.
Kehadiran replika mewah itu menarik perhatian ramai peminat sukan tempatan, lebih-lebih lagi ketika kehangatan Piala Dunia 2026 yang sedang melanda.
“Ini adalah kali pertama saya melihat bola sepak diperbuat daripada emas tulen.
“Kemeriahan Piala Dunia kali ini benar-benar mendebarkan dan membuatkan jantung saya berdegup kencang,” kata seorang pekerja pejabat berusia 62 tahun yang datang dari bandar Saitama. – AGENSI














