fbpx
Barisan pemain Uruguay meraikan kejayaan menewaskan Jerman menerusi penentuan sepakan penalti, sebentar tadi. - Foto ihsan FIFA

Piala Dunia 2026: Paraguay hantar Jerman ‘balik awal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BOSTON – Paraguay mencipta antara kejutan terbesar Piala Dunia 2026 apabila menyingkirkan gergasi Eropah, Jerman menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi pusingan 32 terbaik sebentar tadi.

Kemenangan dramatik itu memastikan Paraguay melangkah ke pusingan 16 terbaik, manakala Jerman terpaksa pulang awal selepas gagal memanfaatkan beberapa peluang untuk menamatkan perlawanan lebih awal.

Paraguay membuka tirai jaringan pada minit ke-42 apabila Julio Enciso menanduk masuk hantaran lintang Matias Galarza untuk memberi tekanan kepada juara dunia empat kali itu.

Jerman bangkit menyamakan kedudukan sembilan minit selepas babak kedua bersambung menerusi dengan giliran Kai Havertz mencetak nama selaku penjaring hasil umpanan tepat Florian Wirtz.

Kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan dalam tempoh 90 minit, sebelum drama tercetus pada masa tambahan apabila Jerman menyangka mereka telah memperoleh gol kemenangan.

Jonathan Tah berjaya menanduk masuk bola ke gawang Paraguay, namun jaringan itu dibatalkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan Waldemar Anton melakukan kekasaran terhadap penjaga gol Paraguay dalam situasi tersebut.

Perlawanan akhirnya diheret ke penentuan sepakan penalti yang berlangsung penuh dramatik.

Tiga pemain Jerman, Havertz, Nick Woltemade dan Jonathan Tah gagal menyempurnakan sepakan penalti manakala Mauricio, Gustavo Gomez, Galarza dan Jose Canale cemerlang melaksanakan tugas buat La Albirroja. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN