fbpx
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan di belakang sebuah kilang di Kuala Langat.

Mayat lelaki jatuh jambatan ditemukan selepas 52 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Operasi mencari seorang lelaki yang dipercayai terjun dari jambatan berhampiran Taman Muhibbah, Banting menemui noktah apabila mayat mangsa dijumpai di belakang sebuah kilang hari ini.

Mayat mangsa tempatan berusia 29 tahun itu dijumpai kira-kira 17 kilometer (km) dari lokasi hilang pada pukul 10.11 pagi selepas 52 jam pencariannya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, operasi mencari dan menyelamat memasuki hari ketiga dilakukan pihaknya bersama polis bermula kira-kira pukul 7 pagi.

“Rondaan dan pemantauan menerusi bot meliputi jarak 18km sehingga ke kawasan Pulau Carey dan Bandar Seri Ehsan.

“Pencarian bagaimanapun berakhir apabila mangsa ditemukan berdekatan belakang sebuah kilang pukul 10.10 pagi tadi,” katanya di sini petang ini.

Kosmo! semalam melaporkan pemeriksaan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Banting menemukan Myvi di jambatan itu yang dipercayai milik mangsa.

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup, lelaki itu dipercayai keluar kereta dan terjun dari jambatan berkenaan, kira-kira pukul 6 pagi. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN