PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan cuaca buruk membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 5 petang ini.
Menurut MetMalaysia, di Perak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Tambahnya, amaran sama turut melibatkan seluruh negeri Kelantan dan Terengganu.
“Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
“Bagi Selangor pula, cuaca buruk dijangka melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak, manakala di Johor membabitkan daerah Mersing dan Kota Tinggi,” lapor MetMalaysia.
Jabatan itu turut menjangkakan, hujan lebat sebelah petang ini tertumpu sekitar Sarawak melibatkan bahagian Julau di Sarikei, Kanowit (Sibu), Song dan Kapit (Kapit) serta Subis di Miri.
Sementara itu katanya, di Sabah amaran sama melibatkan kawasan Pantai Barat iaitu Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud, selain Kunak (Tawau), Kinabatangan (Sandakan) serta Kota Marudu dan Pitas di Kudat.
MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE













