fbpx
LELAKI yang didakwa mencuri motosikal diikat pada sebatang tiang, baru-baru ini. – X

Polis buru ‘Batman Mexico’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang individu misteri yang menentang jenayah di Mexico bertindak menangkap  ‘pencuri motosikal’ dengan cara yang agak luar biasa, lapor akhbar Metro.co.

Beberapa lelaki yang didakwa pencuri motosikal diikat menggunakan pita pelekat pada tiang, baru-baru ini  dengan perkataan ‘ratero’ tertulis pada kepala mereka, yang diterjemahkan sebagai ‘pencuri’.

Lelaki-lelaki itu ditemukan diikat di sekitar Lagos de Moreno, negeri Jalisco, selalunya dengan misai dan sesungut kucing dilukis pada pipi mereka, dan motosikal yang kononnya dicuri berada berdekatan.

Akhbar The Sun melaporkan bahawa sekurang-kurangnya seorang lelaki ditinggalkan dalam keadaan berdarah dan lebam selepas bertembung  dengan individu tersebut.

Polis bagaimanapun menganggap lelaki-lelaki yang diikat  sebagai mangsa dalam situasi tersebut dan siasatan dilancarkan untuk mencari suspek misteri itu.

Sebanyak lima kes seumpamanya telah dilaporkan

Pengguna media sosial memberi gelaran ‘Batman Mexico’ kepada individu tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN