fbpx
Tangkap layar kemalangan membabitkan Proton X70 dan BMW di Lebuh Raya Damansara-Puchong, semalam.

Pemandu X70 memandu melulu, langgar BMW diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Polis mengesan pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yang memandu secara melulu dan berbahaya dengan aksi ‘zig-zag’ sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, insiden tersebut dikesan pihaknya susulan video tular di media sosial.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 5 petang membabitkan sebuah kenderaan jenis BMW yang dipandu dari arah Puchong menghala ke Subang Jaya.

”Setibanya di lokasi kejadian, kereta BMW yang bergerak perlahan di lorong kanan kerana kesesakan dilanggar dari arah belakang oleh SUV berkenaan. Seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun yang memandu BMW tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Azlan berkata, pemandu Proton X70 juga tidak mengalami sebarang kecederaan, namun sehingga kini masih belum membuat laporan polis.

“Usaha mengesan pemandu SUV itu masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Subang Jaya, Sarjan Mat Rizan di talian 011-32313666. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN