fbpx
Anggota bomba giat melakukan pencarian mangsa di sekitar lokasi kejadian.

Lelaki hilang jatuh jambatan di Banting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dipercayai terjun dari jambatan berdekatan Taman Muhibbah, Banting di sini, sejak semalam.

Mangsa tempatan berusia 29 tahun itu dikatakan keluar daripada sebuah kereta Perodua Myvi yang diletakkan di kawasan berkenaan, kira-kira pukul 6 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 10.33 pagi.

Menurut beliau, pemeriksaan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting menemukan Myvi di jambatan itu yang dipercayai milik mangsa.

“Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup, lelaki itu dipercayai keluar kereta dan terjun dari jambatan berkenaan. Operasi mencari dan menyelamat kemudian dijalankan menerusi kaedah permukaan air,” katanya petang ini.

Beliau berkata, pencarian memasuki hari kedua meliputi rondaan bot lebih lima kilometer dan unit anjing pengesan K9 namun belum menemukan mangsa setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN