PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki terjatuh di dalam lubang didakwa tidak ditutup rapat, sekali gus mengundang kemarahan orang ramai terhadap pihak berwajib susulan kejadian tidak diingini itu.
Menerusi video dan gambar dimuat naik pengguna Threads Elyyasmeen, kejadian itu berlaku di sebuah taman perumahan di Kuantan, Pahang dan disaksikan oleh wanita itu bersama suaminya.
“Tengah lalu sini, nampak budak ni termasuk lubang ni depan mata. Ya Allah dah la masa tu tak ada orang. Budak tu sempat cakap, ‘tolong, tolong’. Ya Allah dik, berdebar kita, dalam gila tau lubang tu. Sebaik adik tu sempat berpaut sikit, suami saya sempat tarik ke atas.
“Memang masa masuk lorong tu, tengok adik tu tiba-tiba dia pusing je belakang, sapppp… dia masuk dalam lubang tu. Kelam kabut suami tarik brek tangan, keluar (kereta) nak tarik dia. Berdebar gila dengan kita pun menggeletar,” katanya.
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang bersimpati dengan kanak-kanak tersebut selain ada juga mengecam pihak berwajib berikutan dakwaan lubang itu tidak ditutup rapat.
“Allahuakbar, rezeki adik tu waktu terjatuh ada orang nampak dan boleh tolong. Bayangkan jika tiada sesiapa kat situ,” komen Tehawohooooo.
“Lubang ni dalam, kalau jatuh memang tak ada orang nampak. Siapalah punya kerja buka tak tutup balik,” katanya.
“Allah, kalau tak nampak masa jatuh ni, memang hilang terus agaknya. Sebab orang takkan dengar pun kat bawah tu,” komen Durian.cheese. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














