SELEPAS tamat zaman persekolahan, minat Muhammad Najmi Hazlan terhadap catur hanya diteruskan menerusi aplikasi di telefon bimbit. Bagi pemuda berusia 25 tahun itu, permainan yang pernah menjadi sebahagian daripada rutin hariannya semakin sukar dimainkan secara bersemuka apabila tiada lagi kelompok pemain yang aktif berkumpul seperti ketika di bangku sekolah. Sesekali, dia masih menggerakkan buah catur di skrin telefon, namun pengalaman itu jauh berbeza berbanding duduk berhadapan lawan sambil mengatur strategi di atas papan catur. Perubahan itu berlarutan sehinggalah dia menerima……














