fbpx
MISHA Omar dituduh lupa asal usul hanya kerana pertuturannya dalam dialek Kelantan tidak ‘sepekat’ yang netizen mahukan.

Tak baik tuduh Misha Omar lupa daratan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANPA angin, tanpa ribut, nama Misha Omar tiba-tiba meletup dalam media sosial. Bukan kerana lagu baharu atau persembahan luar biasa, sebaliknya hanya disebabkan cara bertutur dalam loghat Kelantan.

Ada netizen mempertikai, kononnya sebutan penyanyi itu kedengaran ‘tidak asli’ walaupun lahir dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

“Dalam ramai penyanyi Kelantan, Misha antara buat aku tertanya. Dia memang orang sana, tapi bila bercakap atau nyanyi loghat Kelantan, macam tak asli,” tulis seorang netizen sinis.

Dari satu komen, merebak jadi pesta kecaman. Ada menuduh lupa asal-usul, tidak kurang juga mengungkit cerita lama kononnya dia pernah ‘menafikan’ identiti negeri sendiri.

Diva hanya mampu geleng kepala, netizen sekarang bukan setakat jadi juri nyanyian, siap naik pangkat jadi pakar dialek. Hakikatnya mudah, tidak semua orang selesa berloghat, apatah lagi jika lama menetap di ibu kota. Nak bercakap standard pun jadi salah ke sekarang?

DIVA: Gaya seorang artis ni makin ‘terbalik’, lelaki ke wanita, begitulah sebaliknya, apa nak jadilah eh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN