fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat di 6 negeri hingga waktu balik bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Bera dan Rompin) dan Selangor (Sabak Bernam dan Kuala Selangor).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi),” katanya.

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Kinabatangan).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN