fbpx
Gambar hiasan.

Bayi 11 bulan jatuh kerusi, pengasuh direman esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri dipercayai akibat terjatuh dari kerusi kecil di rumah pengasuhnya di Taman Permaipura, Bedong dekat sini pada Isnin lalu.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada pukul 10.42 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku ketika bayi itu berada dalam jagaan pengasuhnya yang berusia lingkungan 30-an.

Katanya, bapa mangsa menerima panggilan daripada pengasuh kira-kira pukul 2.15 petang Isnin lalu yang memaklumkan bayi tersebut tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh dari kerusi ketika disuap makan.

“Bayi itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital pada pukul 10.42 pagi tadi,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa merupakan anak tunggal kepada pasangan suami isteri yang bekerja di sebuah hospital swasta, di sini.

“Pengasuh berkenaan akan direman esok bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN