fbpx
MAYAT seorang lelaki yang ditemukan dalam keadaan separuh bogel di Alor Gajah, Melaka, pagi tadi.

Gempar mayat lelaki separuh bogel di tepi lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Orang ramai yang melalui Lebuh Raya Utara–Selatan arah utara di Kilometer 198.5 di sini gempar dengan penemuan mayat lelaki separuh bogel dalam keadaan tertiarap di lorong kecemasan pagi tadi.

Mayat dipercayai warga tempatan itu dijumpai orang awam pada pukul 6 pagi sebelum perkara tersebut kepada pihak polis.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pemeriksaan mendapati mangsa tidak berbaju, manakala seluar dipakai terlondeh sehingga menampakkan bahagian punggung.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada mayat, namun kita percaya mangsa warga tempatan. Mayatnya dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian sama ada akibat kemalangan atau mempunyai unsur jenayah termasuk dibunuh.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN