fbpx
VARGAS (kanan) dan Manzambi masing-masing menumbangkan satu gol untuk pastikan kemenangan 2-1 Switzerland ke atas Kanada, hari ini. - AFP

Piala Dunia 2026: Kanada tetap layak walaupun tewas kepada Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

VANCOUVER – Switzerland menutup aksi Kumpulan B dengan pencapaian tanpa kalah selepas menewaskan tuan rumah, Kanada 2-1, hari ini.

Tiga mata kali ini membolehkan Switzerland muncul juara kumpulan manakala kelebihan jaringan membolehkan Kanada menafikan harapan Bosnia dan Herzegovina untuk mara ke pusingan 32 terbaik selaku naib juara.

Terdahulu, Switzerland dan Kanada seakan berdepan kesukaran sepanjang babak pertama apabila kedua-duanya tidak mampu untuk mencipta lebih banyak peluang berkualiti.

Bagaimanapun, skrip berbeza dicipta Switzerland di separuh masa kedua, menyaksikan mereka hanya memerlukan tempoh seminit untuk membuka jaringan menerusi Ruben Vargas.

Sebelas minit selepas itu, Switzerland makin selesa dan kali ini giliran Johan Manzambi merobek gawang Kanada namun tuan rumah kembali ceria apabila pemain gantiannya, Promise David kembali merapatkan kedudukan.

Hasrat Kanada untuk memperoleh satu mata tidak berhasil namun kelebihan jaringan menyaksikan skuad The Reds berjaya mengiringi Switzerland layak ke peringkat kalah mati. AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN