fbpx
Mahkamah Klang, Gambar Hiasan

Didenda RM101,570 bawa masuk air zam-zam haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Tindakan seorang pemandu e-haling mengimport 5,500 botol air zam-zam tanpa sah memakan diri apabila didenda RM101,750 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mohd. Hirman Ab. Raub menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh, Syed Fazillah Syed Assimie, 41, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah di akhir pembelaan.

Syed Fazillah turut diperintah penjara satu tahun sekiranya gagal membayar denda itu selain mengarahkan duti kastam sebanyak RM2,035 kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman itu sehingga rayuan dibuat di Mahkamah Tinggi dan menetapkan jaminan sebanyak RM20,000.

Berdasarkan pertuduhan, Syed Fazillah didakwa terlibat dalam mengimport 5,500 botol air zam-zam seberat 27,500 liter bernilai RM10,175 dengan barangan itu tertakluk dibawah Butiran 35 (19) (b) Jadual Ketiga Bahagian 1 Perintah Kastam (Larangan mengenai Import) 2017.

Kesalahan dilakukan di sebuah gudang di Pelabuhan Barat kira-kira pukul 12 tengah hari pada 2 Jun 2021.

Terdahulu Pegawai Pendakwa JKDM, Shahrul Amin Shahrul Nizam memohon hukuman setimpal melihat jumlah botol air yang dibawa masuk secara tidak sah sehingga menyebabkan kerajaan kehilangan hasil cukai.

“Justeru, mohon satu hukuman setimpal sebagai kerana pengimportan air zam-zam perlu melalui peruntukan undang-undang,” katanya.

Bagaimanapun, Peguam Gabriel Susayan dalam mitigasinya merayu dikenakan denda yang munasabah kepada tertuduh sebelum memohon penangguhan hukuman itu sehingga kes difailkan ke Mahkamah Tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN