fbpx
Hamzah Zainuddin.

PCM dijenama semula sebagai Wawasan Negara, perkukuh PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Parti Cinta Malaysia (PCM) kini dikenali sebagai Wawasan Negara selepas penjenamaan semula parti itu diluluskan sebulat suara dalam Mesyuarat Khas Perwakilan, sekali gus diterima sebagai parti komponen baharu Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin berkata, Mesyuarat Khas Perwakilan PCM yang berlangsung pada 20 Jun lalu bersetuju memilih Wawasan Negara sebagai nama baharu parti.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Tertinggi PN atas kepercayaan menerima Wawasan Negara sebagai parti anggota dalam gabungan tersebut.

“Keputusan ini membuka lembaran baharu bukan sahaja kepada Wawasan Negara, malah kepada usaha memperkukuhkan Perikatan Nasional selaku gabungan yang semakin diyakini rakyat untuk memimpin Malaysia.

“Penyertaan Wawasan Negara juga menjadi nilai tambah kepada kekuatan sedia ada Perikatan Nasional terutamanya dalam memperjuangkan agenda perubahan yang berteraskan kompetensi, integriti dan kestabilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hamzah, Wawasan Negara tampil sebagai sebuah parti berwajah Malaysia yang membawa aspirasi rakyat daripada pelbagai latar belakang.

Katanya, parti itu percaya masa depan negara hanya dapat dibina melalui kerjasama, kesederhanaan serta komitmen terhadap kepentingan nasional.

“Kami hadir sebagai jambatan yang menghubungkan lebih ramai rakyat, memperluaskan sokongan serta mengukuhkan lagi kedudukan Perikatan Nasional sebagai sebuah gabungan yang inklusif, stabil dan sedia mentadbir,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN