fbpx
BARISAN calon PH bagi PRN Johor yang diperkenalkan pada Majlis Pengumuman Calon PH PRN Johor ke-16 di Bukit Gambir, Johor, malam tadi.

PRN Johor: PH umum 56 calon, bekas menteri, Exco dan Ahli Parlimen kembali bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANGKAK – Pengumuman 56 calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 menyaksikan beberapa nama besar termasuk bekas menteri, Ahli Parlimen dan bekas Exco disenaraikan.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai berkenaan dalam satu majlis di Padang Gambir, Tangkak, di sini malam tadi.

Antara yang dinamakan ialah Dr. Maszlee Malik yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, selain Suhaizan Kaiat yang diletakkan di DUN Larkin.

Naib Pengerusi Amanah Johor, Dr. Zuhan Zain pula dicalonkan di DUN Mahkota yang sebelum ini dianggap kubu kuat UMNO.

Dua bekas Exco Kerajaan Johor era PH iaitu Mohd. Khuzzan Abu Bakar (Semerah) dan Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar) turut kembali bertanding di kerusi masing-masing.

Turut disenaraikan Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar yang bertanding di DUN Senggarang, selain beberapa calon lain termasuk Noraziah Mohd. Razit (Buloh Kasap), Ng Kor Sim (Jementah), Jalex Lee En Xiang (Pemanis) dan Mohd. Afif Abd. Hamid (Kemelah).

Senarai itu turut melibatkan Elia Nadira Sabudin (Tenang), Tay Yok Jiuen (Bekok), C. Subramani (Bukit Kepong), Muhd. Najib Lep (Bukit Pasir), Mohd. Nor Mohd. Yusof (Gambir) dan Ee Chin Li (Tangkak).

Nama lain termasuk Ahmad Nazari Abd Hamid (Serom), Ng Yak Howe (Bentayan), Nazri Abd. Rahman (Simpang Jeram), Md. Ysahrudin Kusni (Bukit Naning), Muhammad Taqiuddin (Maharani) dan Ayna Soraya Badaruddin (Sungai Balang).

Antara muka baharu yang diketengahkan ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor, Faezuddin Puad (Kempas), bersama Ketua Penerangan PKR Johor, Mohd. Fakhruddin Moslim (Pasir Raja). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN