NILAI – Luluh hati seorang ibu setiap kali memandang wajah anaknya, Tiara Camelia Muhammad Ralfie yang terlantar di atas katil hospital. Pada usia lima tahun, kanak-kanak itu berdepan ujian ketumbuhan di bahagian belakang otak berhampiran saraf tunjang. Menurut ibunya, Mardiana Abdul Husin, 26, berita yang diterima daripada doktor beberapa hari lalu bagaikan merentap seluruh kekuatan dirinya kerana Tiara kelihatan ceria seperti kanak-kanak lain sebelum ini. ‘Siapa sangka sakit kepala yang dialami anak saya merupakan petanda dia menghidap penyakit serius. Apabila…














