SEJAK manusia mula mengukur masa menggunakan bayang-bayang matahari, jam pasir dan jam mekanikal, pencarian terhadap ketepatan waktu sentiasa menjadi pemacu utama kemajuan sains. Pada abad ke-20, dunia menyaksikan revolusi apabila jam atom diperkenalkan dan menjadi piawaian baharu pengukuran masa. Namun kini, komuniti saintifik sedang melangkah lebih jauh dengan pembangunan teknologi yang sebelum ini dianggap hampir mustahil iaitu jam nuklear. Selepas berdekad-dekad penyelidikan, saintis akhirnya berjaya menghasilkan jam nuklear berfungsi pertama di dunia menggunakan nukleus torium-229, sekali gus membuka lembaran baharu……














