fbpx
Anwar (kanan) dan Tarique pada sidang akhbar bersama di Bangunan Perdana Putra hari ini.

Malaysia, Bangladesh guna blok ASEAN tangani isu Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Malaysia dan Bangladesh akan menggunakan mekanisme blok ASEAN untuk berinteraksi dengan Myanmar bagi menyelesaikan isu pelarian Rohingya di kedua-dua negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan terus berusaha mencari penyelesaian terhadap nasib pelarian berkenaan.

“Sudah tentu, melalui usaha bersama, kita akan terus berusaha mencari penyelesaian terhadap nasib pelarian Rohingya di Bangladesh dan juga di Malaysia. 

“Melalui peranan baik Kementerian Luar serta mekanisme ASEAN, kita akan terus berinteraksi dengan pihak berkuasa Myanmar bagi membantu menyelesaikan sebahagian daripada isu tersebut,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Terdahulu, Tarique dalam ucapannya berkata, pihaknya merakamkan terima kasih kepada Malaysia terhadap sokongan berterusan terhadap usaha memastikan pelarian Rohingya dapat kembali ke Myanmar secara selamat, bermaruah dan berkekalan.

“Saya menyatakan kebimbangan mendalam terhadap nasib masyarakat Rohingya yang berlindung di Bangladesh.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Malaysia atas sokongan berterusan terhadap usaha memastikan mereka dapat kembali ke Myanmar secara selamat, bermaruah dan berkekalan,” katanya.

Dalam pada itu, Tarique berkata, pihaknya berhasrat untuk memperkukuh hubungan dengan ASEAN dan bercita-cita menjadi rakan dialog ASEAN. 

“Kami juga berminat untuk menyertai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP). Saya menghargai sokongan Malaysia terhadap usaha integrasi serantau Bangladesh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN