fbpx
Nora Fatehi membanggakan negara dan peminatnya apabila muncul antara penyanyi yang membuat persembahan dalam acara pembukaan Piala Dunia FIFA 2026.

Nora selebriti kedua Bollywood beraksi di Piala Dunia FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Penyanyi dan pelakon terkenal Bollywood, Nora Fatehi membanggakan negara dan peminatnya apabila muncul antara penyanyi yang membuat persembahan dalam acara pembukaan Piala Dunia FIFA 2026 yang berlangsung di Toronto, Kanada. 

Penyanyi kelahiran Maghribi itu merupakan salah seorang penyanyi lagu tema Piala Dunia tahun ini menerusi lagu Sirr Sirr. 

“Sangat bersyukur untuk segalanya. Terima kasih Tuhan atas pengalaman dan peluang ini. Dan terima kasih kepada pasukan saya kerana bekerja keras. Terima kasih kepada peminat saya kerana bekerja lebih masa untuk menyokong saya pada saat-saat penting ini,” tulisnya dalam Instagram. 

Selain Nora, acara pembukaan tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Shakira, Katy Perry dan Lisa Blackpink. Namun, mereka membuat persembahan di negara yang berbeza termasuklah di Mexico dan Amerika Syarikat. 

Nora menjadi selebriti Bollywood kedua yang membuat penampilan di temasya sukan bola sepak terbesar dunia itu. 

Sebelum ini Deepika Padukone pernah membuat kemunculan di Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar. Deepika menjadi pembawa piala pada acara perlawanan akhir.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN