fbpx
Peter Cklamovski diperkenalkan sebagai pengurus baharu Salford City, hari ini. - Foto ihsan Salford City

Cklamovski sah berkelana ke England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tidak sampai 24 jam selepas meninggalkan Harimau Malaya, Peter Cklamovski sudah mendapat jawatan baharu apabila dilantik sebagai pengurus kelab divisyen keempat England, Salford City.

Pengumuman itu dibuat oleh kelab berkenaan hanya beberapa jam selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan penamatan kontrak Cklamovski secara persetujuan bersama.

Sebagai rekod, Salford City dimiliki oleh legenda David Beckham dan Gary Neville bersetuju untuk membuka lembaran baharu buat jurulatih kelahiran Australia itu selepas hanya 18 bulan membimbing skuad kebangsaan.

Menurut Cklamovski, beliau tertarik dengan visi besar yang dimiliki kelab tersebut serta peluang untuk membina sesuatu yang istimewa di Stadium Peninsula.

“Saya berada di sini dengan peluang yang cukup besar untuk melakukan sesuatu yang istimewa dan ia merupakan cabaran yang hebat.

“Pemilik kelab mempunyai cita-cita yang tinggi, begitu juga dengan aspirasi kelab untuk mencapai sesuatu yang besar dan perkara itu sangat selari dengan diri saya,” katanya menerusi laman rasmi kelab.

Sementara itu, penasihat utama Salford City yang juga bekas tonggak Manchester United, Paul Scholes percaya Cklamovski adalah individu tepat untuk membawa kelab itu ke tahap lebih tinggi.

“Cklamovski membawa gaya permainan yang kami gemar tonton iaitu bola sepak menyerang dan menghiburkan.

“Namun, beliau bukan hanya mahu menjaringkan gol. Dia juga sangat mementingkan rekod tanpa bolos. Dia mahu pasukannya bermain dengan lebih kejam dan mempunyai identiti yang jelas, sesuatu yang kami teruja untuk lihat di kelab ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN