fbpx
ZII JIA kempunan untuk meneruskan kemaraan pada Terbuka Macau selepas tewas di pusingan pertama. - SHIDDIEQIIN ZON

Terbuka Macau: Zii Jia kandas awal lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia terus mempamerkan aksi bawah paras sebenar ketika tersingkir seawal pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Terbuka Macau.

Pada perlawanan yang berlangsung di Macau East Asian Games Dome sebentar tadi, bekas juara Asia dan All England itu tewas straight-set 12-21, 20-22 kepada pemain muda Indonesia, Prahdiska Bagas Shujiwo.

Zii Jia yang menghuni ranking ke-63 dunia tampak seolah-olah kurang bermaya sepanjang perlawanan tersebut apabila memberikan ruang buat lawan untuk melakukan serangan demi serangan.

Pemain berusia 28 tahun itu cuba melakukan kebangkitan di set kedua dan berjaya mendahului 17-15, namun gagal untuk mengekalkan rentak konsisten sebelum Prahdiska memastikan kemenangan muktamad 22-20.

Sebagai rekod, ini merupakan kejohanan kelima berturut-turut Zii Jia tersingkir di pusingan awal termasuk terkandas pada Terbuka Australia, Thailand dan Switzerland serta Orleans Masters.

Sementara itu, seorang lagi perseorangan profesional, Aidil Sholeh Ali Sadikin turut tersingkir daripada saingan selepas tewas 19-21 13-21 kepada jaguh Hong Kong, Ng Ka Long dalam tempoh 38 minit.

Beregu lelaki kebangsaan, Bryan Goonting-Haikal Nazri juga terpaksa pulang awal selepas tewas 14-21, 12-21 kepada Jin Yong-Lee Jong Min dari Korea Selatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN