fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik di Threads oleh Farisfoxz.

[VIDEO] ‘Tak ada kereta, tak ada motor pun boleh cari rezeki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketiadaan motosikal bukan penghalang bagi seorang lelaki untuk terus mencari rezeki halal apabila dilihat gigih mengayuh basikal demi menghantar makanan kepada pelanggan.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh Farisfoxz, seorang lelaki yang lengkap memakai pakaian kerja serta menggalas beg syarikat penghantaran makanan dilihat sedang mengayuh basikal di lorong tepi sebuah jalan raya utama.

“Apa lagi alasan? Tak ada kereta, tak ada motor pun boleh juga cari rezeki. Memang kuat orangnya,” katanya.

Tindakan individu itu secara tidak langsung membuka mata orang ramai supaya sentiasa bersyukur dan tidak mudah memberi alasan dalam mencari rezeki.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna kagum dengan semangat tinggi serta mendoakan agar urusan lelaki berkenaan sentiasa dipermudahkan.

“Setuju sangat. Kita ni nak lipat kain pun asyik tangguh dan banyak alasan sedangkan lelaki tu sanggup kayuh basikal untuk dapatkan duit,” ujar Kingkongwonder.

“Daripada minta sedekah bagi alasan tiada duit nak makan, baik kita berusaha macam ni untuk dapatkan rezeki yang halal,” tambah Nowan04.

“Semoga abang dimurahkan rezeki selalu. Tak ada motor bukan alasan untuk tidak hantar order (pesanan) pelanggan,” kata Tffqqqqq. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN