fbpx
AL SULTAN Abdullah bersama penerima anugerah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Tahun 1448 Hijrah/2026 Masihi yang berlangsung di Laman Sejahtera Jelai, Felda Sungai Koyan di Lipis hari ini.

Sepanjang hidup saya bekerja kerana Allah – Tokoh Maal Hijrah Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Bekas Pengurus Besar Amanah Saham Pahang (Aspa), Datuk Mohd. Ali Hanafiah Sh. Ruji, 79, dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Tahun 1448 Hijrah/2026 Masihi yang berlangsung di Laman Sejahtera Jelai, Felda Sungai Koyan di sini hari ini.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan merasmikan sambutan berkenaan.

Mohd. Ali yang berasal dari Kampung Chenor, Maran berkata, beliau tidak menyangka dipilih menerima pengiktirafan berprestij itu dan menganggapnya sebagai rezeki yang dikurniakan Allah.

“Alhamdulillah, saya bersyukur atas anugerah ini. Saya tidak sangka akan menerimanya kerana sepanjang hidup saya bekerja kerana Allah dan berkhidmat kepada masyarakat sebaik mungkin.

“Saya berharap pengiktirafan ini dapat menjadi pemangkin kepada anak-anak muda supaya terus berusaha melakukan kebaikan serta berkhidmat dengan ikhlas kerana Allah,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut hari ini.

Bapa kepada lima anak dan datuk kepada 13 cucu itu berkata, pengalaman membesar dalam keluarga yang serba kekurangan telah membentuk dirinya menjadi seorang yang sentiasa menghargai ilmu serta membantu golongan memerlukan.

Menurutnya, pendidikan menjadi faktor utama yang mengubah kehidupan keluarganya ke arah yang lebih baik.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN