fbpx
ONN HAFIZ (dua dari kiri) menyampaikan cek cura bernilai RM12,000 kepada Kassim yang dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Johor 1448 sempena Sambutan Maal Hijrah 1448H Peringkat Negeri Johor di Dewan Utama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Iskandar Puteri hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

Johor terus pacu pembangunan berteraskan nilai Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor akan terus memastikan setiap agenda pembangunan dan kemajuan negeri dilaksanakan berlandaskan nilai-nilai Islam bagi menjamin kemakmuran berkekalan serta kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pengalaman beliau mengadakan lawatan ke beberapa negara Islam di Timur Tengah termasuk Iraq, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain memberi pengajaran bahawa kemajuan fizikal dan ekonomi semata-mata tidak menjamin kestabilan sesebuah negara.

Menurutnya, negara-negara tersebut pernah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, perdagangan, perubatan, matematik dan falsafah sehingga melahirkan tokoh Islam terkemuka seperti Ibnu Sina dan Al-Khawarizmi.

“Namun apabila berlakunya peperangan dan konflik, ekonomi yang kukuh boleh runtuh dalam sekelip mata. Hotel-hotel terpaksa menawarkan diskaun besar kerana pelancong tidak lagi datang dan aktiviti perdagangan turut terjejas.

“Sebab itu saya sentiasa sedar dan insaf bahawa apa sahaja pembangunan yang ingin dibawa ke Johor mesti berpaksikan nilai-nilai Islam,” katanya ketika merasmikan Sambutan Maal Hijrah 1448H Peringkat Negeri Johor di Dewan Utama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri hari ini.

Beliau berkata, pendekatan tersebut terbukti apabila hasil negeri menunjukkan peningkatan memberangsangkan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Katanya, Johor berjaya merekodkan kutipan hasil sebanyak RM2.6 bilion tahun lalu berbanding sasaran awal RM2 bilion, manakala kutipan zakat meningkat daripada RM367 juta pada 2022 kepada RM448 juta tahun lalu.

“Hasil tanah, hasil pihak berkuasa tempatan dan pelbagai sumber lain turut meningkat. Namun semua kejayaan ini bukan kerana kebijaksanaan manusia semata-mata, sebaliknya dengan izin Allah SWT,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN