fbpx
Ustaz Azhar Idrus (tengah) dinobat Tokoh Dakwah sempena sambutan Maal Hijrah peringkat Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.

Ustaz Azhar Idrus, Mad Kecik dinobat Tokoh Dakwah, Tokoh OKU Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Penceramah agama terkenal, Ustaz Azhar Idrus, 62, (UAI) dinobat sebagai Tokoh Dakwah sempena sambutan Maal Hijrah peringkat Terengganu.

Tokoh Orang Kurang Upaya (OKU) pula dianugerahkan kepada Muhammad Abdullah, 33, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik yang pernah menyertai misi kemanusiaan Sumud Fotilla pada tahun lalu.

Kedua-dua agamawan terkenal itu menerima anugerah tersebut berikutan sumbangan dalam kerja-kerja dakwah kepada masyarakat khususnya negeri ini.

UAI berkata, urusannya untuk menjadi tenaga pengajar ilmu Islam kepada masyarakat banyak dipermudahkan oleh pihak berkuasa agama dan kerajaan.

“Hadirin yang datang mendengar (kuliah agama), sanggup meninggalkan urusan (keduniaan) untuk duduk di majlis ilmu yang selayaknya menerima anugerah ini,” katanya di Wisma Darul Iman di sini semalam.

Terdahulu beliau menerima anugerah Tokoh Dakwah sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri yang disampaikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sementara itu, Ustaz Mad Kecik juga menghargai pengiktirafan diberi kerajaan negeri Terengganu terhadap insan OKU sepertinya.

Beliau yang mempunyai ketinggian 100 sentimeter (sm) berharap anugerah tersebut dapat menjadi inspirasi buat OKU lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN