fbpx
KHAIRRUDDIN menerima Anugerah Ikon Asnaf dalam majlis sambutan Maal Hijrah 1448H /2026M peringkat negeri Perak yang disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Ipoh semalam.

Pemuda OKU penglihatan kini usahawan berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Pemuda cacat penglihatan, Khairruddin Mazli berhasrat mengajak lebih ramai golongan orang kurang upaya (OKU) menceburi bidang urutan badan dan refleksologi bagi menjana pendapatan sendiri.

Dia yang hilang penglihatan sepenuhnya ketika berusia 20 tahun akibat glaukoma berkata, hasrat itu merupakan antara perancangannya setelah lebih sedekad berkecimpung dalam bidang tersebut.

Bermula secara kecil-kecilan sejak 2015, dia kini yang berusia 35 tahun mengusahakan pusat perkhidmatan sendiri di Ipoh dengan nama Sufi Reflexology.

“Hendak kembangkan lagi perkhidmatan ini. Saya ingin membawa rakan-rakan OKU lain dalam bidang urutan ini. Buat sama-sama,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Khairruddin merupakan penerima Anugerah Ikon Asnaf semasa majlis sambutan Maal Hijrah 1448H /2026M peringkat negeri Perak yang berkenan disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Mengimbau kembali detik sukar yang dilaluinya, dia berdepan masalah glaukoma sebaik sahaja tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum disahkan buta kekal pada awal usia 20-an.

“Ketika itu saya terfikir, bagaimana saya mahu mencari pekerjaan dan punca pendapatan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN