fbpx
Tangkap layar menunjukkan mereka mengira wang yang disimpan oleh ibu mereka sebelum meninggal dunia. - TikTok

3 beradik jumpa plastik hitam penuh wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Tiga adik-beradik di Indonesia terkejut apabila menemui sejumlah wang tunai di dalam plastik hitam milik ibu mereka yang meninggal dunia sejak tiga tahun lalu semasa membersihkan rumah, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan adik-beradik itu mengeluarkan empat dompet daripada plastik hitam yang ditemukan di bawah katil. 

Mereka terkejut apabila setiap dompet itu dipenuhi wang bernominasi antara 100,000 rupiah (RM23) dan 50,000 rupiah (RM11). 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.6 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Seeloknya disedekahkan kepada anak yatim, kebetulan saya anak yatim,” kata seorang netizen. 

“Bagi masjid supaya mendiang dapat pahala,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN