fbpx
RONALDO akan terus menjadi tonggak penting Portugal untuk memburu kemenangan pertama bertemu Congo awal pagi esok. - AFP

Piala Dunia 2026: Ronaldo masih jadi sandaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HOUSTON – Pada usia 41 tahun, Cristiano Ronaldo masih dianggap tonggak penting buat skuad Portugal menjelang aksi menentang Congo pada aksi pertama saingan Piala Dunia awal pagi esok.

Perkara itu diakui rakan sepasukannya, Vitinha yang menganggap Ronaldo masih berada dalam keadaan fisik terbaik menjelang penampilan keenamnya pada kempen Piala Dunia kali ini.

Sebelum ini tersebar sekeping gambar yang memperlihatkan bentuk fizikal Ronaldo ketika bersama skuad Portugal yang menjalani riadah di pantai Palm Beach, Florida sehingga menimbulkan keterujaan dalam kalangan peminat.

“Saya boleh memberi jaminan bahawa itu bukan hasil suntingan Photoshop, memang begitulah keadaannya. Sangat luar biasa dia boleh berada dalam keadaan sebegitu pada usia 41 tahun. Saya berumur 26 tahun dan saya tidak seperti itu.

“Ia hanyalah satu lagi petunjuk tentang betapa berdedikasinya dia dan betapa pentingnya untuk dirinya kekal dalam keadaan fizikal yang terbaik,” kata Vitinha.

Ronaldo sebelum ini juga sering bercakap mengenai disiplin yang diperlukan untuk menjadi pemain hebat dan mengekalkan prestasi di tahap elit ketika rakan seusianya sudah lama menggantung but.

“Dari segi fizikal, saya baik-baik saja. Adakah anda tidak menonton perlawanan saya? Persiapan berjalan dengan baik tetapi agak memenatkan kerana kami telah bekerja keras.

“Kami menguasai perlawanan-perlawanan sebelum ini, tetapi yang penting adalah apabila perlawanan pertama berlangsung. Ketika itu tekanan benar-benar mula memuncak dan kita akan melihat siapa juara sebenar,” jelas Ronaldo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN