fbpx
CHWALINSKA menjadi pemain kedua dalam saingan tenis era moden yang bermula dari pusingan kelayakan dan mara ke pentas final. - AFP

Chwalinska simbol keazaman atlet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAINGAN Terbuka Perancis berakhir kira-kira 10 hari lalu dengan bintang Russia, Mirra Andreeva mengesahkan kemenangan dan merangkul gelaran pertama Grand Slam.

Bagaimanapun, fokus kali ini adalah pemain yang menjadi lawan Andreeva pada pentas, Maja Chawalinska dari Poland yang mencipta kejutan apabila bermula dari pusingan kelayakan hingga ke pentas final.

Chawalinska bukan beraksi satu perlawanan kelayakan, tetapi tiga aksi sebelum ke undian utama dan keseluruhan turun ke gelanggang sebanyak sembilan kali berbanding Andreeva hanya tujuh kali.

Pemain berusia 24 tahun itu melakar sejarah menjadi pemain kelayakan pertama yang mara ke perlawanan akhir Roland Garros dan pemain kedua dalam era terbuka Grand Slam selepas Emma Raducanu melakukannya pada 2021 di Terbuka Amerika Syarikat.

Menyoroti perjalanan karier Chawalinska, ia bukan suatu yang mudah apabila dia berdepan masalah kemurungan yang teruk sehingga sempat membuat keputusan bersara pada 2021 sebelum kembali empat bulan kemudian.

Dalam tempoh ‘hibernasi’ berkenaan, rankingnya menjunam sehingga keluar dari kelompok 300 pemain terbaik dunia, malah pada 2022 dia terpaksa menjalani pembedahan lutut menyebabkan dia terpaksa melupakan tenis buat seketika.

Ketika tiba di Paris pada pertengahan Mei lalu, pemain kelahiran Miechow, Poland itu berdepan masalah kewangan yang teruk apabila dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyewa hotel sepanjang saingan di Roland Garros.

Bagaimanapun, sebuah syarikat minuman sukan dari Poland yang turut menaja bintang tenis negara itu, Iga Swiatek secara diam-diam menyelesaikan bil tersebut.

Sepanjang bersaing di Terbuka Perancis, Chwalinska cukup berbeza dengan para pemain-pemain lain apabila kerap menukar pakaian dengan logo yang berbeza-beza dan ketika ditanya, dia hanya menjawab:
“Tiada cerita istimewa. Saya tidak mempunyai penaja, jadi mungkin itulah cerita sebenarnya,” katanya.

Dalam perjalanan menuju pentas final, Chwalinska menewaskan Zheng Qinwen pada pusingan pertama sebelum membenam Elise Mertens di pusingan kedua.

Pada pusingan ketiga, dia berjaya menghantar pulang bekas pemain No. 3 dunia, Maria Sakkari dan membenam Diane Parry di pusingan keempat.

Di suku akhir, Chwalinska sekali lagi mencipta kejutan menewaskan pemain di ranking ke-22 dunia, Anna Kalinskaya sebelum menghancurkan impian Diane Shnaider mara ke pentas final.

Biarpun sekadar bergelar naib juara, Chwalinska berjaya membawa pulang wang kemenangan sebanyak AS$1.6 juta (RM6.49 juta) iaitu dua kali ganda daripada hadiah yang pernah dimenanginya sepanjang karier sebelum ini.

Bukan itu sahaja, kedudukan ranking Chwalinska kini juga melonjak drastik apabila naik ke ranking 21 dunia sekali gus membolehkannya menyertai siri jelajah dan beraksi di Grand Slam berikutnya tanpa perlu mengharungi aksi kelayakan.

Kepulangannya ke tanah air disambut Menteri Sukan Poland, Jakub Rutnicki yang segera mengumumkan pemberian biasiswa sukan sebanyak €2,265 (RM10,600) sebulan untuk tempoh setahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN