fbpx
SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret dengan diiringi anggota polis bagi mendapatkan perintah reman.

Dua pencuri kabel direman empat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Dua lelaki berusia lingkungan 30-an direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes curi kabel elektrik dan kabel barangan mesin di kawasan kilang beralamat Jalan Lompong Emas 13, Kawasan Perindustrian Ringan Jalan Tun Dr Ismail pada 10 Jun lalu.

Perintah reman bermula hari ini hingga 19 Jun itu dikeluarkan oleh Majistret Norsalihah Sulaiman di Mahkamah Majistret di sini terhadap kedua – dua suspek yang tiba di mahkamah kira-kira 8.50 pagi tadi dengan diiringi anggota polis.

Siasatan ke atas dua lelaki itu dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner, Mohd. Yatim Osman memaklumkan tindakan tiga lelaki mencuri kabel mengundang padah apabila dua daripadanya diberkas dalam kejadian di Jalan Tun Dr. Ismail.

“Suspek telah ditahan pada pukul 10.45 pagi selepas polis berjaya memintas kereta jenis Proton Waja yang mereka naiki bagaimanapun seorang daripada tiga suspek itu dapat melarikan diri,” katanya.

Katanya, pemeriksaan menemui 14 peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel selain beberapa senjata dan dua peket dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN